• April 8, 2022
  • 6568

Sesi Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan Di JKR Sabah

Sesi Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan Di JKR Sabah

KOTA KINABALU –  Sesi Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Trusmadi, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah, semalam.

Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Senggara Bangunan, Freddy Kimbun mempengerusikan taklimat dan perbincangan pada pagi itu bersama dengan Pasukan Inspektorat Pematuhan Keselamatan iaitu Penolong Pengarah, Encik Muhamad Naqiuddin bin Mohd Kasim, Penolong Pegawai Keselamatan, Puan Haira binti Mus dan Pembantu Keselamatan, Encik Mohd Azrol bin Aliasan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sabah untuk membincangkan pengurusan dokumen terperingkat dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Sesi itu diteruskan dengan lawatan on site ke Bahagian / Unit yang berkaitan.

Hadir sama, Ketua-Ketua Penolong Pengarah setiap cawangan di Jabatan Kerja Raya Sabah.