• Oktober 8, 2022
  • 3454

Taklimat Sistem dan Aplikasi Aduan Jalan Raya Sabah

Taklimat Sistem dan Aplikasi Aduan Jalan Raya Sabah

KOTA KINABALU, 3 OKT – JKR Perak yang diketuai oleh Tuan Ir. Hj. Hamdan bin Ali, Pengarah Kerja Raya Perak berserta rombongan telah mengadakan lawatan ke JKR Sabah yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan penerangan yang lebih terperinci berkaitan dengan Sistem dan Aplikasi Aduan Jalan Raya di Negeri Sabah yang mana sistem ini telah lama digunakan dalam menyelesaikan aduan jalan raya dan mendapatkan maklumat yang tepat daripada pengguna.

Pendigitalan Sistem Aduan Jalanraya JKR Sabah telah dilaksanakan semenjak tahun 2018 yang dibangunkan oleh JKR Sabah melalui Cawangan Penyenggaraan Jalan.

Tujuan sistem dan aplikasi ini dibangunkan adalah untuk memantau dan memastikan kecekapan kerja pembaikan yang dilakukan berdasarkan aduan jalan raya yang diterima oleh JKR Sabah dapat dikendalikan dengan cekap dan teratur bagi mewujudkan jalan raya yang berkualiti, selamat dan selesa untuk digunapakai oleh orang awam.

Tuan Hj. Kamaludin Ag. Abas, Pengarah Kerja Raya Sabah, teruja menerima lawatan daripada JKR Perak dan beliau mengalu-alukan kedatangan atau lawatan muhibbah daripada mana-mana JKR Negeri pada masa hadapan dalam berkongsi maklumat berkenaan operasi dan strategi pengendalian dalam Sistem Aduan Jalanraya JKR Sabah bagi menyelesaikan aduan jalan raya dengan baik dan berkesan.

Turut hadir dalam taklimat tersebut, Elegant Aspire Sdn Bhd selaku Pihak Konsultan yang telah dilantik, Empayar Indera Sdn Bhd dan Belati Wangsa Sdn Bhd.