• Oktober 18, 2022
  • 1570

Mesyuarat Khas Penyelarasan Persediaan Pilihan Raya

Mesyuarat Khas Penyelarasan Persediaan Pilihan Raya

SEMPORNA, 14 OKT – Pegawai Daerah Semporna, Tuan Juraimin Hj. Jadil telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Persediaan Pilihan Raya Umum bagi Bahagian Parlimen P.189 Semporna dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.66 Bugaya.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dari Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di Daerah Semporna. Jurutera Daerah Semporna, Tuan Mohd Fauzi Zikiri dan Penolong Jurutera, Tuan Mohd Fellani juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2, Pejabat Daerah Semporna.