• Januari 7, 2023
  • 2790

Office Warming Party & Sambutan Tahun Baru 2023

Office Warming Party & Sambutan Tahun Baru 2023

KOTA KINABALU, 5 JAN –  Cawangan Trafik dan Pengangkutan telah mengadakan Office Warming Party serta Sambutan Tahun Baru yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Tuan Ir. Mohd. Safri serta ketua-ketua penolong pengarah.

Dalam ucapan alu-aluan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Trafik dan Pengangkutan, Puan Sarinah Guriaman, beliau baru berkesempatan untuk meraikan perpindahan mereka ke pejabat baharu pada tahun lepas. Bukan itu sahaja, cawangan itu turut meraikan Hari Krismas dan Tahun Baru.

Tuan Ir. Mohd. Safri turut memuji akan suasana persekitaran pejabat baharu tersebut dan meminta setiap kakitangan untuk menganggap tempat kerja seperti rumah sendiri dengan mewujudkan suasana kerja yang produktif dan ceria.