• Februari 7, 2023
  • 1420

Lawatan Pemantauan Ke Daerah Sipitang dan Beaufort

Lawatan Pemantauan Ke Daerah Sipitang dan Beaufort

Sipitang-Beaufort, 30 Jan-3 Feb – Cawangan Penyenggaraan Jalan telah mengadakan Lawatan Pemantauan ke daerah Sipitang dan Beaufort yang melibatkan syarikat-syarikat penyenggaraan jalan berturap JKR persekutuan dan negeri, iaitu Globinaco dan Lintasan Resources.

Lawatan yang diadakan selama lima (5) hari itu bertujuan untuk memeriksa dan memastikan kerja penyenggaraan rutin yang dilaksana syarikat-syarikat tersebut mematuhi jadual penyenggaraan, standard prestasi dipersetujui dan spesifikasi kerja penyenggaraan.

Pembentangan penemuan hasil lawatan turut dilakukan untuk dibincangkan bersama dan Pejabat JKR Sipitang dan JKR Beaufort serta syarikat-syarikat penyenggaraan itu dikehendaki untuk menambahbaik pelaksanaan kerja penyenggaraan susulan dari teguran yang diberikan.