• Februari 23, 2023
  • 1912

Road Accident Management System (RAMS)

Road Accident Management System (RAMS)

RANAU, 21 & 22 FEB – Cawangan Trafik dan Pengangkutan, JKR Sabah bersama Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya Malaysia telah bekerjasama dalam menganjurkan program ROAD ACCIDENT MANAGEMENT SYSTEM (RAMS) yang melibatkan peserta dari JKR Bahagian dan Daerah yang dirasmikan oleh Tuan Philemon Lajawai, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan.

Objektif program itu adalah untuk memperluas penggunaan system RAMS, KKRM bagi memudahkan urusan pengemaskinian rekod / data kemalangan jalan raya dan meningkatkan kecekapan serta pengetahuan para Pegawai Penyiasat Polis dalam mendapatkan bacaan koordinat yang betul dan tepat di lokasi kejadian kemalangan.

Turut dijemput, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Polis DiRaja Malaysia dan Pegawai Polis DiRaja Malaysia Sabah yang diadakan di Hotel Perkasa, Kundasang, Ranau.