• Mac 15, 2023
  • 1887

Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jalan Utara Tawau

Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jalan Utara Tawau

TAWAU, 13 MAC – Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jalan Utara Tawau.

Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata projek dimulakan 6 Mac lepas membabitkan naik taraf jalan sedia ada daripada satu lorong dua hala kepada dua lorong dua hala, di samping skop pembinaan lain termasuk kerja menaik taraf enam bulatan iaitu Airport Lama, Hilltop, Taman Ria 10, Kompleks Sukan, Taman Ria 11 dan Utara Baru.

Menurut beliau, kerajaan berharap projek naik taraf Jalan Utara Baru itu dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan masa perjalanan sekali gus memberi keselesaan kepada penduduk serta secara tidak langsung membuka peluang kepada penjanaan sosioekonomi kawasan sekitar.

“Diingatkan supaya kontraktor yang terpilih untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan ini mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan, selain pemantauan secara berkala oleh Jabatan Kerja Raya juga adalah  penting untuk memastikan kemajuan dan kualiti kerja projek ini berada dalam kawalan,” katanya.