• Mac 16, 2023
  • 1836

Bengkel Kecekapan Pemeriksaan, Reka Bentuk dan Penyenggaraan Cerun

Bengkel Kecekapan Pemeriksaan, Reka Bentuk dan Penyenggaraan Cerun

KOTA KINABALU, 13-15 MAC – Cawangan Cerun telah mengadakan Bengkel Kecekapan Pemeriksaan, Reka Bentuk dan Penyenggaraan Cerun di Ming Garden Hotel & Residences yang dihadiri seramai 87 orang peserta dari semua JKR daerah.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melatih kakitangan JKR daerah dalam menjalankan pemeriksaan dan reka bentuk cerun dengan lebih cekap selain memberikan pendedahan tentang kaedah yang betul untuk menyediakan Laporan Pemeriksaan Cerun dan Works Submission Form.

Bengkel itu diadakan selama 3 hari dengan melaksanakan 5 sesi, iaitu Pemeriksaan Cerun, Penyiasatan Tanah, Reka Bentuk Rawatan Cerun, Program Penyelenggaraan Cerun dan Pemantauan Projek Cerun.

Pembentangan kumpulan dan penyampaian sijil penyertaan serta pemenang kumpulan terbaik dilakukan sebelum mengakhiri bengkel.