• April 19, 2023
  • 1692

Majlis Iftar JKR Bandaraya

Majlis Iftar JKR Bandaraya

KOTA KINABALU, 17 APR – JKR Bandaraya telah mengadakan Majlis Iftar yang berlangsung di Dewan Mini, JKR Bandaraya yang dihadiri oleh setiap kakitangan dan keluarga masing-masing.

“Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain”, begitulah ucapan Tuan Mohd Hardy Laidin, Jurutera Bahagian Kota Kinabalu. Beliau turut menyeru setiap kakitangan menerapkan sikap semangat berkorban dan kebersamaan dalam diri. Beliau mengajak kakitangan dibawah seliaannya untuk sama-sama menyediakan bakul makanan, juadah berbuka dan menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan pada bulan Ramadan ini.

Aktiviti gotong-royong diadakan pada sebelah pagi dan pengagihan bubur lambuk dilakukan dikalangan kakitangan JKR Bandaraya termasuklah Cawangan Makmal & Penyiasatan Tapak, Cawangan Stor dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal.

Pengagihan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan dilakukan selepas acara berbuka puasa dan Tuan Mohd Hardy sempat mengingatkan kepada kakitangan yang akan balik ke kampung untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya.