• Jun 10, 2023
  • 864

Mesyuarat Tapak dan Penyelarasan Projek Jalan Gading-Gading, Semporna

Mesyuarat Tapak dan Penyelarasan Projek Jalan Gading-Gading, Semporna

SEMPORNA, 9 JUN – Mesyuarat Tapak dan Penyelarasan Projek Jalan Gading-Gading telah diadakan di Site Office bagi memantau pelaksanaan projek dan menyelaras kerja-kerja bersama agensi utiliti yang terlibat.

Jurutera Daerah JKR Semporna mempengerusikan mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh pihak kontraktor dan agensi utiliti yang mewakili SESB dan Syarikat Celcom Timur.
Laporan kemajuan kerja-kerja fizikal telah mencapai 65.70% berbanding yang dijadualkan pada 71.01%. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Penolong Jurutera, Tuan Fellani, Pembantu Operasi, Tuan Fadly dan seorang penuntut dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Sdr. Aznil yang sedang menjalani latihan industri di JKR Semporna.