• Oktober 23, 2023
  • 380

Taklimat Kesedaran dan Solidariti Palestin

Taklimat Kesedaran dan Solidariti Palestin

LAHAD DATU, 20 OKT – JKR Lahad Datu telah menerima kunjungan NGO Aman Palestin, Cawangan Tawau untuk menyampaikan taklimat kesedaran dan solidariti mengenai isu Palestin yang bertajuk Taufan Al – Quds : Derita Yang Dalam oleh Norjumatia binti Ullasar.

Taklimat ini juga disertai oleh para kakitangan JKR Lahad Datu dan dipengerusikan oleh Penolong Jurutera, Mohd. Khairy bin Suhaili.

Antara pengisian taklimat ini ialah penerangan sejarah peperangan antara Palestin dan Israel, bagaimana peperangan mempengaruhi kedaulatan, sosio ekonomi, kesihatan dan hubungan diplomatik negara-negara yang terlibat, peranan para NGO, tugas dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan sebagainya.

Taklimat ini sangat menyentuh hati dan mewujudkan kesedaran bahawa isu Palestin-Israel ini bukan terpencil tetapi juga merupakan jenayah antarabangsa yang mana ia melibatkan isu perampasan tanah, penaklukan kawasan, genosid dan penghapusan etnik.

Tabung sumbangan bagi sesiapa yang ingin menyumbang wang ringgit untuk disalurkan bukan saja kepada Palestin tetapi juga kepada orang-orang yang memerlukan telah dibuka pada akhir taklimat.

Diharap taklimat seupama ini akan datang diadakan lagi pada masa akan datang.