• Januari 16, 2024
  • 210

Lawatan Rasmi YAB Ketua Menteri Sabah ke Tapak Projek Pakej Kerja 6

Lawatan Rasmi YAB Ketua Menteri Sabah ke Tapak Projek Pakej Kerja 6

PENAMPANG, 11 JAN – Lawatan kerja rasmi oleh YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor bersama Timbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya Sabah, YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya ke tapak projek Pakej Kerja 6 Menaiktaraf Jalan dari Putatan ke Inanam.

Lawatan tersebut adalah melibatkan tinjauan di sekitar jajaran Pakej Kerja 6 di lokasi Persimpangan Bertingkat Donggongon dan taklimat berkenaan kemajuan projek terkini.
Turut hadir bersama Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah I, YB Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah II, YB Datuk Robert Tawik, Setiausaha Tetap Kerja Raya Sabah, Datuk Ridwan Roger Linus, Philemon Lajawai, Pengarah JKR Sabah, Pengarah Projek PMC, wakil pihak kontraktor dan konsultan.