• Januari 26, 2024
  • 246

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Kakitangan Islam JKR Sabah Sesi 2023/2025

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Kakitangan Islam JKR Sabah Sesi 2023/2025

KOTA KINABALU, 9 JAN – Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua PKI JKR Sabah, Mohd Hardy bin Laidin dan telah dihadiri oleh 22 orang Ahli Jawatankuasa. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sektor Pan Borneo, Mohd Shamsul Nizam, yang juga merupakan mantan PKI JKR Sabah bagi sesi 2021/23.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Ir. Mohammad Safri bin Abd Habi telah dilantik sebagai Penaung PKI JKR Sabah Sesi 2023/25, manakala Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hafez Shabuddin dan Timbalan Pengarah Sektor Pan Borneo, Mohd Shamzul Nizam telah dilantik sebagai Penasihat kepada PKI JKR Sabah.

Seramai 26 orang Ahli Jawatankuasa yang dibentuk bagi sesi 2023/25 iaitu Yang Di-Pertua PKI, Mohd Hardy, Timbalan Yang Di-Pertua, Syukri, dan barisan ahli jawatankuasa iaitu Ir. Ts. Hj. Andy Faizal bin Sahapadin,Ir. Ts. Danny Hassan, Maryani Mokhtar, Nur Izyan Sayazwani binti Julkifli, Mohd Dzulkarnain Bin Mokhd Jame, Awangku Eddie Syukri Pg Abdullah, Jeffrey bin Datuk Ismai, Sarinah binti Mohamad, Ir. Aishahturizda Binti Ashgul, Sarinah Binti Guriaman, Ts. Adzizah @ Suzianah binti Akul, Azlan bin Sumiran, Mohd Fauzi bin Zikiri, Ir. Azaniman Bin Jaini, Ir. Ts Jamilah Binti Tukang, Razaliza binti Latip, Haliza binti Rijuan, Ir. Dayang Marina Sabrina binti Safri, Sr. Suzieanah binti Harun, Warifaizah binti Kasno, Mohd Sharif bin Makun, Rahman bin Rusman, Rosni binti Hassan, Ibini Aminah binti Abdullah, Aarol Izmi Bin Zamani dan Fazilah binti Hj. Ansawi.

Yang Di-Pertua menasihatkan semua AJK supaya menjalankan tanggungjawab dengan bersederhana tetapi bersungguh-sungguh. Biarlah aktiviti yg dibuat berskala kecil tetapi memberi impak yg besar serta memberi manfaat kepada yg lain.

Mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai perancangan aktiviti PKI JKR Sabah yang akan dibuat pada tahun  2024.