• April 2, 2024
  • 274

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Jurutera Bahagian Sandakan

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Jurutera Bahagian Sandakan

SANDAKAN, 27 MAC – Bertempat di Dewan Serbaguna JKR Sandakan, Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas telah diadakan di antara Vitus Dee Aegidius kepada Nelson George selaku Jurutera Bahagian (Kawasan Timur) Sandakan yang baharu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Asrul Bin Abdul, Jurutera Mekanikal JKR Sandakan. Terdahulu, Vitus Dee Aegidius bertugas sebagai Jurutera Bahagian (Kawasan Timur) Sandakan bermula pada 6 Januari 2023 dan telah berpindah ke Sektor Lebuhraya Pan Borneo, Pembinaan dan Pemantauan, Ibu Pejabat Wisma Pan Borneo JKR Putatan, sebagai Ketua Penolong Pengarah.

Manakala Nelson George pula merupakan Jurutera Daerah bagi JKR Papar. Penyerahan nota serah tugas ini turut disaksikan oleh Jurutera Daerah Kinabatangan, Faizal Bin Abd Rahman dan Jurutera Daerah Beluran, Antonius Wadjin Bin Lambertus.

Dalam majlis yang sama juga diadakan sesi serah tugas bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Pakej WP28 kepada SOR yang baharu. Penyerahan disaksikan oleh Ir. Ainul Jamal Musa, Pengurus Pembinaan PMC WP28 (HSS integrated Sdn. Bhd.) dan juga Shahid Wahyudi Jurutera WP28 (Kinta Samudra Sdn. Bhd.)

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Jurutera Kanan, Riny Susilawati Hamdan, Jurutera Kerja Pan Borneo, Mohd Annaffi Bin Abu Bakar, Jurutera-jurutera kerja, Ketua-ketua Seksyen, Penolong-penolong Jurutera, Kakitangan JKR Sandakan, pihak PMC Projek Lebuhraya Pan Borneo Pakej WP28, pihak perunding dan kontraktor yang dilantik. Majlis turut melakar kenangan dengan menerima kehadiran kunjungan muhibbah daripada rombongan kakitangan JKR Papar.

Dalam ucapan, Vitus Dee Aegidius meluahkan rasa terima kasih kepada seluruh warga kakitangan JKR Sandakan kerana telah memberi kerjasama dan sokongan yang sangat baik sepanjang beliau bertugas sebagai Jurutera Bahagian dan berharap agar komitmen dan kerjasama yang sama juga tetap diberikan kepada Nelson George selaku Jurutera Bahagian (Kawasan Timur) Sandakan yang baharu. Ucapan terima kasih juga turut diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Pakej WP28.

Sebelum majlis berakhir, sesi penyerahan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada Vitus Dee Aegidius selaku Jurutera Bahagian dan juga SOR bagi Pakej WP28. Sesi bergambar turut diadakan bersama seluruh kakitangan JKR Sandakan serta Jurutera-Jurutera Daerah bagi Kawasan Timur Sandakan dan semua pihak yang hadir ke majlis berkenaan.

Ketua – ketua Seksyen JKR Sandakan
Pan Borneo WP28
JKR Papar