• April 5, 2024
  • 61

Laporan Taklimat Pembangunan dan Jelajah Ramadhan Zon Utara

Laporan Taklimat Pembangunan dan Jelajah Ramadhan Zon Utara

PITAS, 27 MAC – JKR Pitas telah menjadi tuan rumah bagi taklimat pembangunan berserta majlis berbuka puasa bersempena dengan Program Jelajah Ramadhan Zon Utara yang menggabungkan tiga daerah iaitu Pitas, Kota Marudu dan Kudat.

Taklimat pembangunan telah dipengerusikan dan dibentangkan oleh Hardi bin Laidin, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Utiliti dan Alam Sekitar. Hadir sama, Hillmy bin Hamid, Jurutera Bahagian Kudat, Muhammad Hazizul bin Ismail, Jurutera Daerah Pitas, Hadi bin Hamzah, Jurutera Daerah Kota Marudu dan beberapa pegawai daripada Ibu Pejabat JKR Kota Kinabalu.

Manakala majlis berbuka puasa bersempena dengan Program Jelajah Ramadhan disertai oleh Yang Di-pertua Persatuan Kakitangan Islam JKR Sabah, Hardi bin Laidin, Ketua Penolong Pengarah Cerun, Haji Shahminan bin Haji Bakar, Penolong Pengarah Cawangan Makmal dan Penyiasatan Tapak, Jamilah binti Tukang , Dif-Dif terhormat, Jurutera Bahagian, Jurutera Daerah dan seramai 8 orang anak-anak yatim, 2 asnaf dan 8 orang ibu tunggal serta 7 orang pengiring dari kalangan mereka. Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh kakitangan JKR Kota Kinabalu dan kakitangan JKR Zon Utara.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah dan berkongsi rezeki serta meraikan golongan yang kurang berkemampuan terutamanya pada bulan yang penuh mulia ini. Selain itu dengan adanya majlis sebegini ianya dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang baik bersama golongan tersebut serta seluruh kakitangan JKR. Program ini dapat memberikan motivasi kepada pihak penganjur walaupun menghadapi pelbagai cabaran sebelum dan semasa program diadakan. Program ini telah memberi impak yang positif terutamanya dari segi pengalaman dan kenangan kepada seluruh pihak.

Majlis ini dimulakan dengan kedatangan semua tetamu jemputan pada pukul 4.30 petang. Kemudian majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis yang dipengacarakan oleh Nor Afizah binti Galsun serta Zulkifli bin Gapor. Seterusnya bacaan doa oleh Habri bin Hairi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Jurutera Daerah Pitas, Muhammad Hazizul bin Ismail dan disusuli dengan ucapan daripada YDP PKI JKR Sabah, Hardi bin Laidin. Antara pengisian program, sesi tazkirah yang telah disampaikan oleh Imam Ismail bin Estin daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pitas, penyerahan sumbangan kepada semua golongan yang terlibat, sesi bergambar, solat fardu Maghrib dan Isyak serta solat sunat Terawih.