• Mei 6, 2024
  • 78

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia ke Tapak Lokasi Klinik Kesihatan Penampang

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia ke Tapak Lokasi Klinik Kesihatan Penampang

PENAMPANG, 6 MEI – Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato Lukanisma Awang Sauni telah melakukan lawatan kerja ke Tapak Lokasi Pembinaan Klinik Kesihatan Penampang yang baharu.

Lawatan kerja Timbalan Menteri diiringi oleh YBhg. Datuk Dr. Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Maria Suleiman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan YBrs. Dr. Carol Lim Kai Joo, Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang.

Jurutera Daerah, Mohd Fauzi Zikiri telah memberikan taklimat ringkas berhubung status pelaksanaan Projek Klinik Kesihatan Daerah Penampang.

Proses rekabentuk akan dimulakan pada bulan Jun 2024 oleh pihak perunding yang dilantik.

Turut hadir pegawai dari Cawangan Arkitek Ibu JKR Sabah, Ar. Raymond Chua, Amanda Gilbert Mojinun, Darius dan Penolong Jurutera JKR Penampang, Marjorie Divioh Bantoi.