KOTA KINABALU, 10 JUN – Universiti Malaysia Sabah yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UMS, Ir. Ts. Mohd Ari Nazrul bin Abdul Rahman telah melakukan kunjungan hormat ke Jabatan Kerja Raya Sabah.

Kunjungan hormat itu dipengerusikan oleh Pengarah Kerja Raya Sabah, Philemon Lajawai. Objektif kunjungan itu adalah bertujuan untuk membincangkan hala-hal yang berkaitan dengan isu-isu semasa di antara pihak UMS dan pihak JKR.


