KOTA BELUD, 11 JUN – JKR Kota Belud telah mengadakan gotong-royong bersesuaian dengan arahan Kementerian Kerja Raya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (HIGH LEVEL COMMITTEE, HLC) Bagi Menangani Denggi Kebangsaan Bil.1/2024.

Gotong royong itu diketuai oleh Jurutera Awam Bangunan, Azali Akhbar Seblan. Hasil kerjasama kakitangan JKR Kota Belud, program itu telah dilaksanakan dengan jayanya bersesuaian dengan motif / tujuan untuk mencegah dan membasmi tempat pembiakan nyamuk denggi.


Diharapkan di masa hadapan, aktiviti seperti ini dapat dilakukan dengan lebih kerap bagi mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih, cantik dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes.

