KOTA MARUDU, 19 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Marudu telah berjaya meraih Anugerah Khas serta Tempat Keempat (Saguhati) dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Landskap Halaman Pejabat sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 anjuran Majlis Daerah Kota Marudu.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah berlangsung pada 19 Oktober 2026, dengan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Maijol Mahap, JP, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.6 Bandau.
JKR Kota Marudu telah diwakili oleh Ketua Unit Pentadbiran, Palimon Makapin, bagi menerima kedua-dua anugerah tersebut.
Jurutera Daerah JKR Kota Marudu, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Majlis Daerah Kota Marudu atas kejayaan menganjurkan pertandingan tersebut yang bukan sahaja menggalakkan amalan kebersihan dan keceriaan persekitaran pejabat, malah turut menyemarakkan semangat patriotisme serta kecintaan terhadap negara dalam kalangan penjawat awam.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja JKR Kota Marudu atas komitmen, kerjasama dan usaha yang telah diberikan dalam memastikan persekitaran pejabat sentiasa bersih, ceria dan dihiasi dengan kibaran Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha berpasukan dan semangat kebersamaan seluruh warga JKR Kota Marudu dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, ceria dan berimej positif.
π SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN
π₯ Tempat Pertama
Pejabat Daerah Kota Marudu – RM2,500
π₯ Tempat Kedua
Jabatan Penerangan Kota Marudu β RM2,000
π₯ Tempat Ketiga
Jabatan Pertanian Kota Marudu β RM1,000
π
Tempat Keempat (Saguhati)
Jabatan Kerja Raya Kota Marudu β RM500
π
Tempat Kelima (Saguhati)
Jabatan Pengairan dan Saliran Kota Marudu β RM500
π
Tempat Keenam (Saguhati)
Jabatan Veterinar Kota Marudu β RM500
π
Tempat Ketujuh (Saguhati)
Mahkamah Anak Negeri Kota Marudu β RM500
π ANUGERAH KHAS β RM500
Jabatan Kerja Raya Kota Marudu
