6

KOTA MARUDU, 16 OKT – JKR Kota Marudu telah mengadakan Majlis Suai Kenal bagi meraikan kehadiran pegawai baharu, Narlinie binti Ahmad Salleh, yang akan menjalankan tugas selaku Pembantu Tadbir.

Dalam majlis tersebut, Jurutera Daerah Kota Marudu, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, telah mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat kepada Narlinie binti Ahmad Salleh.

Semoga dengan kehadiran beliau dapat memperkukuh lagi pengurusan pentadbiran pejabat, di samping menyemarakkan semangat kerjasama dan berpasukan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas di JKR Kota Marudu!

About The Author