TAWAU, 22 OGOS – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Sabah telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Pengurusan Perolehan dan Kewangan Kerajaan “REVOLUSI BANTERAS RASUAH” yang dirasmikan oleh Pengarah SPRM Negeri Sabah, Datuk TPj. Karunanithy A/L Y. Subbiah di Dewan Wisma Kastam, Tawau.

Seminar itu dihadiri 100 peserta terdiri daripada Jurutera, Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Tadbir, Pegawai Akaun, Ketua-Ketua Seksyen JKR Zon Selatan yang terdiri daripada daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Konsesi-Konsesi/Kontraktor di bawah JKR Zon Selatan.
Turut hadir Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal JKR Sabah, Hafez Bin Shabuddin, KPP Cawangan Sumber Manusia, Sarinah Mohamad, KPP Cawangan Perbelanjaan dan Bajet, Ir. Ts. Azri bin Saflie, KPP Cawangan Audit dalam Piawaian dan Kualiti, Mohd Dzulkarnain bin Mohd Jame, wakil KPP Cawangan Institut Latihan, Ketua Cawangan SPRM Tawau, Richard Hii Ding Yin, Jurutera Bahagian Kawasan Selatan JKR Tawau, Mohammad Izam bin Jamal, Jurutera Daerah Lahad Datu, Hadi bin Hamzah, Jurutera Daerah Semporna, Ir. Dixon Amando Lim dan Jurutera Daerah Kunak, Siti Asmah binti Munir.
Program dimulakan dengan perkongsian topik bertajuk “Quotation Processes : For Precision and Efficiency”, disampaikan oleh Penolong Pengarah Cawangan Ukur Bahan JKR Sabah, Ts. Sr. Chew Yun Nor. Seterusnya sesi perkongsian Cabaran Integriti Masa Kini Dalam Membentuk Modal Insan Cemerlang oleh Pengarah SPRM Negeri Sabah, Datuk TPj. Karunanithy A/L Y. Subbiah. Sesi diteruskan dengan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah dipimpin oleh Jurutera Awam JKR Tawau, Ir. Ts. Harryanshah bin Hamansa.

Program ini memberi tumpuan kepada amalan terbaik dalam pengurusan perolehan dan risiko berlakunya rasuah di dalam JKR Sabah. Peserta turut berpeluang untuk berdiskusi dalam Sesi Soal Jawab bersama Pengarah SPRM Negeri Sabah.

Para peserta didedahkan dengan isu dan cabaran peruntukan kepada JKR Sabah, amalan baik dalam pengurusan perolehan, pengiktirafan kepada pemberi maklumat, penemuan kes perolehan dalam JKR Sabah serta tanggungjawab yang perlu dimainkan dalam memastikan semua pengurusan perolehan telus dan mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa.

