IMG_9274

KUALA LUMPUR, 18 OGOS – Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah diadakan di Arena Sukan, Kuala Lumpur. Karnival Sukan JKR Se – Malaysia yang dianjurkan oleh JKR Kuala Lumpur & Putrajaya telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 16 Ogos hingga 18 Ogos 2024.

Sebanyak dua belas (12) jenis sukan dipertandingkan iaitu, bola sepak, futsal, sepak takraw, bola jaring, bola tampar, ping pong, golf, boling, E-Sport, karom, dart, dan badminton yang disertai oleh 20 kontinjen daripada wakil KKR, Ibu Pejabat JKR, 13 JKR negeri, 3 Wilayah Persekutuan JKR, wakil Kader JKR dan JKR CREATE.

Tahniah diucapkan kepada JKR Sabah yang menjadi juara keseluruhan pada edisi SURYA kali ini dengan merangkul tiga (3) pingat emas dan dua (2) pingat perak.
YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia turut mengumumkan Sarawak bakal menjadi tuan rumah Karnival Sukan JKR Se-Malaysia (SURYA 2026) yang akan datang.

About The Author