IMG_3952

KOTA KINABALU, 05 NOV – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor telah melakukan lawatan kerja ke Kementerian Kerja Raya di Bangunan JKR, Sembulan.

Dalam lawatan itu, beliau telah mengarahkan pihak JKR untuk mengambil tindakan yang proaktif dalam menangani isu kerosakan jalan raya dengan meminta syarikat konsesi yang bertanggungjawab untuk membaik pulih kerosakan jalan raya serta merta.

Beliau turut menekankan kepentingan kerja pemantauan dilaksanakan secara berkala sama ada jalan negeri atau persekutuan.

“Beri perhatian kepada aduan rakyat. Ada aduan yang kerap dilaporkan. Justeru, saya mahu pihak JKR tidak hanya menunggu tetapi mencari penyelesaian segera kepada masalah ini,” tegasnya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri ll yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan, Datuk Phoon Jin Zhe serta Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.

About The Author