KEPAYAN, 04 NOV – Bertempat di Dewan Mini JKR Bandaraya, telah berlangsung majlis persaraan, perpisahan kakitangan yang berpindah serta menyambut kakitangan baru yang dipindahkan ke JKR Bandaraya.

Turut hadir pada majlis tersebut Ts. Maryani Mokhtar dari Unit Mekanikal, Brian Jr Dell Junot dari Unit Bangunan, James Thomas dari Unit Pemeliharaan Jalanraya dan George Duat dari Unit Elektrikal.
Jurutera Bahagian JKR Bandaraya, Ts. Zulkefli bin Salip Arjud mengalu-alukan kehadiran kakitangan baru, Ir. Sahara Saien, Jabir dan Jay Mic Laslie Majido. Beliau berharap dengan kehadiran mereka di JKR Bandaraya akan dapat bekerjasama dalam membantu merealisasikan hasrat JKR Bandaraya dan pada JKR khususnya.
Beliau mengucapkan selamat bersara dan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di JKR Bandaraya kepada kakitangan yang bersara, Farahtiqa John Abdullah dan Isah Abdul dari Unit Pentadbiran, Rinan Kioh dan Marcellia Augustine dari Unit Pemeliharaan Jalanraya dan Thomaty Lakim dari Unit Mekanikal.



Bagi kakitangan yang akan berpindah dari Unit Perancangan dan Pelaksanaan, Azira Salim ke JKR Papar, Rosabelle Ailysa Richard ke JKR Penampang, Ts. Moses Dungo Murang yang akan bertugas di JKR Kinabatangan serta Masrul Mastan yang akan bertugas di Cawangan Penyenggaraan Jalan, Ibu Pejabat JKR.




Kepada yang berpindah, Jurutera Bahagian mengucapkan selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baru. Teruskan momentum dalam menjalankan tugas seharian, jangan mengalah dan teruskan belajar.
