KOTA KINABALU, 03 DIS – Delegasi pengurusan ILP Labuan yang diketuai oleh Imalistyahusnanjaya bin Mat Hussin, Pengarah ILP Labuan telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kerja Raya Sabah yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hafez Shabuddin.


Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan kerjasama dua hala untuk pembangunan kursus baharu, Civil Structure (CVS) dalam penggunaan Makmal UJI bahan di JKR Sabah.
Pihak ILP turut memperkenalkan program Kursus Jangka Pendek (KJP) serta Latihan Sangkut Industri (LSI) untuk pembangunan latihan kakitangan JKR Sabah dalam bidang TVET.
