2

PENAMPANG, 05 DIS – Mesyuarat Tapak Bil. 5 Bagi Projek Naiktaraf Jambatan Sg. Moyog, Stesen Perikanan Babagon, Kg. Timpangoh – Kg. Lotong, Penampang telah diadakan di Pejabat Tapak (Site Office).

Kemajuan fizikal sebenar dilaporkan telah mencapai sebanyak 48.74% berbanding yang dijadualkan sebanyak 6.68%, iaitu telah mendahului jadual sebanyak 42.06% yang bersamaan dengan 154 hari.

Jurutera Daerah, Ts. Mohd Fauzi Zikiri yang mempengerusikan mesyuarat tapak turut mengadakan pemeriksaan di tapak bersama Penolong Jurutera, Garry David Linggian dan pihak kontraktor Bisajuta Sdn. Bhd.

Pelaksanaan projek ini yang dimulakan pada 9 Julai 2024 dengan tempoh pembinaan selama 24 bulan dijangka siap pada 8 Julai 2026.

About The Author