SEMPORNA, 18 DIS – Sesi Penyerahan CPC dan Perakuan Kerja Siap bagi Projek Membaik Pulih Serta Menaiktaraf Masijid Ar Rahman Daerah Semporna telah dilaksanakan di Masjid Ar Rahman yang disertai oleh Jurutera Daerah Semporna, Ir. Lim Dixon Amando.

Hadir sama dalam sesi penyerahan itu, Penolong Jurutera JKR Semporna, Mohd Fellani Mursid, Penolong Jurutera Cawangan Mekanikal JKR Tawau, Sunaidi Sutarman, wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pejabat Daerah Semporna, Shar Associates Sdn Bhd dan kakitangan JKR Semporna yang lain.

