KOTA KINABALU, 20 DIS – Kakitangan JKR Bandaraya termasuk Unit Stor, Unit Mekanikal, Unit Bangunan, Unit Pemeliharaan Jalanraya,Unit Akaun dan Unit Pentadbiran telah mengadakan acara gotong royong di kawasan pejabat dan sekitarnya.


Acara pada pagi tersebut dimulakan dengan ucapan dari Jurutera Bahagian, Ts. Zulkefli bin Salip Arjud. Menurut beliau, objektif gotong royong pada hari tersebut adalah untuk membersihkan kawasan sekitar halaman pejabat dan mengecat kerb jalan di kawasan tempat letak kereta. Acara itu merupakan program tahunan JKR Bandaraya dan merupakan kali kedua program ini diadakan sepanjang beliau ditugaskan di pejabat itu.

Jurutera Bahagian mengharapkan semangat kerjasama di kalangan kakitangan akan dapat diteruskan pada masa akan datang termasuklah dalam memastikan kebersihan dan kekemasan kawasan pejabat. Selesai ucapan, senamrobik dilakukan sebelum acara gotong royong dimulakan.


Acara Bertukar-tukar Hadiah, Cabutan Bertuah, Pertandingan Nyanyian serta meraikan dua orang kakitangan Cawangan Pentadbiran yang akan bersara iaitu Karim Ikal dan Susie Sami diadakan pada sebelah petang.


Jurutera Bahagian mengucapkan selamat bercuti dan mengingatkan agar sentiasa menjaga diri dan sentiasa berhati-hati semasa memandu menuju ke destinasi masing-masing. Akhir kata, beliau juga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada yang meraikannya.
