2

PENAMPANG, 20 DIS – JKR Penampang telah meraikan dan memberikan penghargaan buat kakitangan yang telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tahun 2024 dalam Majlis Apresiasi & Jamuan Akhir Tahun JKR Penampang 2024.

Jurutera Daerah, Ts. Mohd Fauzi Zikiri dalam ucapan perasmian beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur yang dipengerusikan oleh Racheal Petrus Laison serta seluruh warga kerja JKR Penampang di atas penganjuran majlis tersebut.

Ucapan tahniah juga disampaikan kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan Pekerja JKR Penampang. Beliau berharap agar seluruh warga kerja JKR Penampang dapat mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang dalam perkhidmatan.

Dalam majlis apresiasi tersebut, Anugerah Pekerja Terbaik JKR Penampang bagi tahun 2024 telah diberikan kepada Hillary Junior Kinson, Pembantu Tadbir N19.

 

Acara bertukar-tukar hadiah yang bertujuan untuk mengeratkan dan memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara kakitangan turut diadakan dalam majlis itu.

About The Author