KOTA KINABALU, 06 JAN – Construction Research Institute of Malaysia atau Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM), telah menjemput Jabatan Kerja Raya Sabah untuk mengadakan lawatan ke Makmal Kerja Raya Malaysia (MKRM) Sabah.


Tujuan lawatan itu adalah untuk memberi pendedahan tentang pelbagai servis, kemudahan, dan teknologi terkini yang disediakan oleh MKRM Sabah, menggalakkan pertukaran maklumat serta amalan terbaik dalam industri pembinaan dan seterusnya meningkatkan peluang kerjasama strategik dalam penyelidikan, inovasi, serta pembangunan kapasiti teknikal di antara kedua-dua organisasi.


