PENAMPANG, 06 JAN – Majlis Serah Tugas Jurutera Daerah Penampang telah diadakan di JKR Penampang.
Ts. Mohd Fauzi Zikiri dalam ucapan alu-aluan beliau mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Raynner Joseph di atas pelantikan sebagai Jurutera Daerah Penampang yang baharu.

Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja JKR Penampang di atas kerjasama, sumbangan dan komitmen yang diberikan sepanjang beliau bertugas di JKR Penampang.


Penyerahan Nota Serah Tugas yang melibatkan mantan Jurutera Daerah Penampang, Ts. Mohd Fauzi Zikiri dengan Jurutera Daerah Penampang, Raynner Joseph disaksikan oleh Jurutera Kerja JKR Penampang Rosabelle Ailysa Richard, Penolong-Penolong Jurutera, Ketua-Ketua Unit dan seluruh warga kerja JKR Penampang.

