KOTA KINABALU, 09 JAN – Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hafez Shabuddin mempengerusikan Sesi Libat Urus Hala Tuju Sabah Maju Jaya – Pelan Pembangunan SMJ 1.0 Bil. 1/2024, hari ini.

Antara intipati perbincangan adalah Statistik Hasil JKR Sabah pada tahun 2024 serta Pelan Strategik dan Perancangan Masa Hadapan JKR Sabah (2021 – 2025).


Hadir sama dalam libat urus itu, Sekretariat SMJ yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Mohd. Hisham bin Ujang, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan dan Korporat, Adzizah@Suzianah bt Akul, wakil daripada cawangan Arkitek, Projek Jalan Luar Bandar, Jalanraya, Jambatan, Projek Bangunan serta Pembinaan dan Pemantauan (Sektor Lebuhraya Pan Borneo).
