KOTA KINABALU, 09 JAN – Jabatan Kerja Raya Sabah dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Negeri Sabah telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Kompetensi Fungsian yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.


Antara topik perbincangan adalah Taklimat Sistem Penilaian Prestasi Baharu dan Pembangunan Kompetensi Fungsian (Langkah 1-4) yang disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Negeri Sabah.

