IMG_6064

KOTA KINABALU, 21 JAN – JKR Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri, yang diketuai oleh Datuk Toisin Gantor, Setiausaha Bahagian, semalam.

Objektif libat urus itu diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan fungsi, peranan dan informasi mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dan sedang dilaksanakan oleh JKR Sabah. Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama di antara Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan JKR Sabah.

About The Author