3

TAWAU, 24 JAN – YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya selaku Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah telah mengadakan lawatan ke JKR Tawau bersama YB Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy (ADUN Tanjung Batu dan Ahli Perlimen Kalabakan), YB Datuk Rina Binti Jainal (ADUN Kukusan), Datuk Philemon Lajawai, Pengarah Kerja Raya Sabah, Jasni @ Abu Suffyan Omar – Timbalan Setiausaha Tetap II dan Siti Asmah Munir, Jurutera Daerah Kunak.

Ketibaan beliau di Pejabat JKR Tawau dimulakan dengan sesi Taklimat Bagi Pembangunan Daerah Tawau dan Kalabakan yang disampaikan oleh Jurutera Bahagian Kawasan Selatan iaitu Mohammad Izam bin Jamal dan wakil dari konsesi, Globinaco Sdn. Bhd.

Antara tumpuan taklimat tersebut adalah berkenaan perkembangan status terkini bagi projek-projek yang sedang berlangsung di sekitar daerah Kalabakan dan Tawau.

Beberapa sesi lawatan projek juga turut berlangsung semasa lawatan tersebut. Antara tumpuan lawatan adalah Lawatan Bagi Projek Jalan Utara dan juga Lawatan Projek Pan Borneo.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jurutera Bahagian Kawasan Selatan JKR Tawau selaku Wakil Pegawai Penguasa dengan kerjasama dan sokongan yang sangat baik dari Pasukan JKR Tawau serta komitmen yang baik dari pihak konsesi dalam menjayakan taklimat pada hari ini.

About The Author