KUALA PENYU, 20 – 23 JAN – Cawangan Penyenggaraan Jalan (CPJ) bersama Cawangan Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti (ADPK) telah mengadakan lawatan pemantauan penyenggaraan jalan berturap negeri dan jalan luar bandar bagi kerja-kerja rutin dan berkala.

Pasukan pemantauan dari pejabat CPJ diketuai oleh Jurutera Kerja, Mohd Faez bin Hadi, manakala dari Cawangan ADPK diketuai oleh Jurutera Kanan, Hady Firdaus bin Salsidu.

Tujuan lawatan pemantauan diadakan adalah untuk menilai kerja-kerja penyenggaraan jalan di bawah seliaan pihak konsesi dan kontraktor penyenggaraan di lokasi Jalan Kebunau Menumpang, Jalan Kiaru, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Kuala Penyu Tamu Kayul, Jalan Kayul Rimbaan, Jalan Bandau, Jalan Batu Empat Kiambor, Jalan Feri Lama, Jalan Kekapor dan Jalan Kasugira Batu Luang.

Turut hadir dalam sesi penemuan hasil lawatan, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Makmal dan Penyiasatan Tapak, Jude Anthony, Penolong Pengarah Cawangan CPJ, Nasrullah bin Arifuddin dan syarikat konsesi serta kontraktor penyenggaraan.

