Screenshot 2025-10-08 122938

TAWAU, 23 & 24 SEP – Cawangan Lebuhraya bersama wakil daripada beberapa cawangan lain iaitu Trafik & Pengangkutan, Penyenggaraan Jalan, Jambatan, Cerun, Perbelanjaan & Bajet, Utiliti & Alam Sekitar serta Makmal & Penyiasatan Tapak telah mengadakan lawatan tapak ke daerah Tawau.

Lawatan ini melibatkan dua projek utama iaitu Projek Membina Jalan Baharu dari Kalabakan ke Sempadan Malaysia–Indonesia (Simanggaris) serta Projek Membina Jalan Tawau Bypass dari Persimpangan Jalan Utara ke Persimpangan Jalan Ranggu/Jalan Sandakan–Tawau.

Turut hadir ialah wakil daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kerja Raya Sabah, Majlis Keselamatan, JKR Tawau, serta pasukan perunding dari Jurutera Perunding Mustapa dan Rakan-Rakan, PY Konsep Perunding, Perunding Ukur Zakaria, Perunding GTE dan Envsolve.

About The Author