SOOK, 30 SEP – Majlis Perasmian dan Program Pecah Tanah Projek Pembinaan Mahkamah Anak Negeri Sook telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Ellron Alfred Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap ADUN N.45 Sook.


Projek ini merupakan inisiatif penting dalam memperkukuh sistem keadilan adat di Sabah, khususnya bagi masyarakat di daerah pedalaman seperti Sook. Kehadiran mahkamah ini kelak akan memudahkan urusan berkaitan adat agar dapat dijalankan dengan lebih teratur dan sah dari segi perundangan.

Dalam ucapannya, YB Datuk Ellron turut menekankan bahawa pembangunan institusi seperti Mahkamah Anak Negeri bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada masyarakat, malah menjadi lambang warisan budaya serta identiti masyarakat pribumi Sabah, khususnya di Sook.

