TAWAU, 5 MAC – Persatuan Kakitangan Islam (PKI) JKR Sabah telah menganjurkan Program Jelajah Ramadan Untuk Siri 2026 dan Bagi Zon Selatan, JKR Tawau telah dipilih sebagai tuan rumah.

Program yang berlangsung di JKR Tawau pada kali ini bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga jabatan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Jurutera Bahagian JKR Tawau, Mohammad Izam bin Jamal. Turut menyampaikan ucapan ialah Yang Dipertua PKI JKR Sabah merangkap Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyenggaraan Jalan, Mohd Hardy bin Laidin @ Saidin. Manakala teks ucapan bagi pihak pengarah telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Projek Jalan Luar Bandar iaitu Ir. Aishahturizdah Ashgul.


Antara yang turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Perbelanjaan dan Bajet, Jurutera Daerah Lahad Datu, Hadi bin Hamzah, Jurutera Daerah Kunak, Ts. Siti Asmah binti Munir serta Jurutera Daerah Semporna, Ir. Lim Dixon Amando bersama pegawai dan kakitangan JKR dari Zon Selatan.
Program turut diserikan dengan tazkirah Ramadan bertajuk “Indahnya Ramadan” yang disampaikan oleh Ustaz Adam Khaleef Eilyas, di samping penyampaian sumbangan kepada madrasah dan penerima asnaf. Majlis kemudiannya diteruskan dengan berbuka puasa serta solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah.



Penganjuran program ini diharap dapat menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga JKR.

