KOTA KINABALU, 3 MAC – JKR Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah yang diketuai oleh Pengarah, Elmariah Chung bagi membincangkan penyelarasan dan pelaksanaan Projek Pembinaan PUSPEN dan Pusat Saringan dan Penilaian Dadah (PSPD) Tawau dan Naik Taraf Bangunan PUSPEN Papar.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh Ir. Evelyn Pius, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, tertumpu kepada aspek teknikal dan perancangan bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual. Projek ini dijangka memperkukuh kemudahan rawatan dan pemulihan dadah khususnya di Zon Pantai Timur Sabah dan juga PUSPEN Papar.


Hadir sama, Cawangan Arkitek, Kejuruteraan Awam Struktur, Projek Bangunan, Perbelanjaan dan Bajet, Pembangunan dan Korporat serta JKR Papar.
