12

KOTA MARUDU, 14 MEI – Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Pembinaan Baharu Bilik Darjah Pra-Sekolah di SK Ranau, Kota Marudu telah diadakan sebagai simbolik penyerahan rasmi projek kepada pihak pelanggan.

Projek ini telah dimulakan pada 23 Oktober 2024 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 13 April 2026.

Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, Jurutera Daerah JKR Kota Marudu, telah menyampaikan taklimat ringkas berhubung pelaksanaan projek serta merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, pihak pentadbiran SK Ranau, Ibu Pejabat JKR Sabah, pasukan projek JKR Kota Marudu, pihak kontraktor serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan dan menyiapkan projek tersebut.

Sesi Penyerahan Kunci sebagai simbolik penerimaan projek siap telah disampaikan kepada wakil Guru Besar SK Ranau, Shiraley Zorzamin, yang disaksikan oleh Halizah Abd Halim, Penolong Pegawai Unit Prasekolah (Sektor Pengurusan Sekolah), Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu.

Hadir sama, Ts. Gs. Rebecca, Jurutera Kerja Cawangan Projek Bangunan, serta Rusli, jurutera yang mewakili kontraktor utama, Arrayan Trading.

Manakala pegawai JKR Kota Marudu yang turut hadir ialah Jurutera Kerja, Ts. Christine Madatang dan Aron Nicholas, serta Penolong-Penolong Jurutera, Ts. Joeheir Sitoun, Jani Makapin, Abdul Azreen Maidi, Geo Christal Oseas, Aida Juraidah dan Christina Joseph.

Turut hadir bagi memastikan kelancaran majlis ialah Adriezal Marin selaku pengacara majlis dan Siti Maslinah dari Unit Media JKR Kota Marudu.

About The Author