KEPAYAN, 15 MEI – Jabatan Kerja Raya Sabah dengan kerjasama Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN) telah menganjurkan Program Transformasi Minda (PTM) Siri 1/2026 bermula pada 11 hingga 15 Mei.

Program selama lima hari yang berlangsung di Cawangan Institut Latihan, telah disertai seramai 50 kakitangan melibatkan pelbagai cawangan dan daerah di seluruh Sabah.


Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Dato’ Mohd Shamsul Nizam bin Abdul Wahid mewakili Pengarah Kerja Raya Sabah. Turut hadir ialah pegawai dan urus setia daripada INSAN, JPAN dan JKR serta Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia, Sarinah Mohamad dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Institut Latihan, Azman Jamrin.


