Screenshot 2026-06-08 142550

KOTA KINABALU, 4 JUN – Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), JKR Malaysia telah melaksanakan Libat Urus dan Pengenalan Strategik Pembangunan Kontraktor Fasiliti Kesihatan bagi kontraktor-kontraktor gred G7 yang mempunyai pengkhususan B04 dan B29 yang berdaftar dengan CIDB di negeri Sabah.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada setiap kontraktor yang terlibat mengenai keperluan Sijil Kompetensi Kontraktor Kesihatan (SKKK) di mana ia merupakan syarat utama bagi menyertai tender mana-mana projek fasiliti kesihatan di Malaysia.

Program ini turut memberikan maklumat terkini berkaitan inisiatif strategik pembangunan kontraktor fasiliti kesihatan, berkongsi pandangan serta maklum balas industri, dan memperkukuh kerjasama strategik ke arah pembangunan ekosistem kontraktor yang lebih kompeten, berdaya saing dan mampan.

About The Author