LAHAD DATU – TAWAU, 22 JUN – Cawangan Senggara Bangunan telah melaksanakan Lawatan Kerja Penyelenggaraan Di Bawah Peruntukan One-Line Item Di Mahkamah Syariah Daerah Lahad Datu, disertai oleh Cawangan Arkitek, JKR Lahad Datu dan Tawau.


Lawatan kerja itu dijalankan selama tiga (3) hari termasuk pelaksanaan Bengkel Ubahsuai Mahkamah Syariah Lahad Datu di Borneo Royale Hotel, Tawau, bagi membincangkan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan dengan memastikan setiap kerja dilaksanakan secara sistematik, mematuhi spesifikasi ditetapkan, serta siap mengikut jadual bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.


