Screenshot 2026-07-03 142816

KUDAT, 29 JUN –  Lawatan tapak ke Projek Menaik Taraf Balai Polis Karakit di Pulau Banggi, Kudat yang diketuai oleh Amera Elezadiba Saleysia Salleh, dari Cawangan Arkitek telah diadakan bagi tujuan penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur.

Lawatan tersebut bertujuan meneliti kemajuan kerja di tapak, mengenal pasti isu pelaksanaan serta menyelaras tindakan antara pihak-pihak yang terlibat bagi memastikan projek dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Antara yang hadir, Cawangan Senggara Bangunan, Kejuruteraan Awam dan Struktur, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, Makmal dan Penyiasatan Tapak, Ukur dan Sokongan Maklumat, JKR Kudat, Jabatan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara serta IPD Kudat, diwakili oleh Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi, Mathavan A/L Muniandy ASP.

About The Author