KOTA MARUDU, 16 JUL – Warga kerja JKR Kota Marudu telah berkumpul di perkarangan pejabat pada jam 4.30 petang bagi menyaksikan sesi “Face Print” terakhir Ketua Stor JKR Kota Marudu, Aliuddin Salung. Hari ini merupakan hari terakhir beliau bertugas sebelum menamatkan perkhidmatan kerajaan setelah mencapai umur persaraan wajib 60 tahun.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Jurutera Daerah JKR Kota Marudu, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, Jurutera Kerja, Aron Nicholas Jemson dan Ts. Christine Madatang, Penolong Jurutera Kanan, Ahmad Mahmud, Penolong-Penolong Jurutera, Ketua-Ketua Unit, serta seluruh warga kerja JKR Kota Marudu.

Seluruh warga kerja JKR Kota Marudu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan Tuan Aliuddin Salung sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga, serta sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Selamat bersara, Aliuddin Salung. Jasa dan bakti tuan akan sentiasa dikenang.
