KOTA KINABALU, 7 OGOS – Satu sesi perbincangan teknikal telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tambuyukon, JKR Sabah bagi membincangkan kaedah penyediaan dan penyeragaman ulasan teknikal terhadap dokumen Development Proposal (DP), Traffic Impact Assessment (TIA), Road Safety Audit (RSA) dan Traffic Management Plan (TMP) di Sabah. Perbincangan turut melibatkan perkongsian pandangan serta pengalaman pegawai dalam proses semakan dokumen dan penyediaan komen teknikal.

Antara objektif perbincangan itu adalah untuk membincangkan kaedah penyediaan komen dan ulasan teknikal bagi DP, TIA, RSA dan TMP, menyeragamkan format serta pendekatan semakan dokumen dalam kalangan pegawai teknikal, mengenal pasti isu-isu yang sering ditemui semasa proses semakan dan penilaian serta meningkatkan kualiti serta konsistensi ulasan teknikal bagi memastikan pematuhan kepada garis panduan dan keperluan semasa.

Hadir dalam perbincangan itu ialah Cawangan Trafik dan Pengangkutan, Cawangan Pembangunan dan Korporat serta Association of Consulting Engineers Malaysia (ACEM).
Perbincangan telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Beberapa cadangan penambahbaikan telah dibincangkan bagi memperkukuhkan proses pelaksanaan TIA dan RSA di Sabah serta meningkatkan keberkesanan aspek keselamatan jalan raya dan pengurusan trafik. Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai cadangan penubuhan Task Force DP, TIA, RSA dan TMP Sabah yang kini berada dalam proses pembentukan bagi memperkukuhkan kualiti semakan, penyelarasan teknikal serta penyediaan garis panduan yang lebih komprehensif di peringkat negeri.

