Screenshot 2026-08-13 142535

KOTA KINABALU, 11 OGOS – Cawangan Senggara Bangunan telah menganjurkan Kursus Pendek Pembersihan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran kakitangan Pembantu Khidmat Am H1 mengenai amalan pembersihan yang betul, selamat dan berkesan. Melalui pendedahan kepada teknik pembersihan yang sistematik, penggunaan peralatan serta bahan kimia yang sesuai. Peserta akan dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap, berkualiti dan mematuhi aspek keselamatan serta kesihatan pekerjaan. 

Kursus ini merupakan inisiatif KPP/Cawangan Senggara Bangunan dalam menyokong usaha meningkatkan tahap kebersihan, imej dan keselesaan premis Ibu Pejabat JKR Sabah, di samping memastikan penyampaian perkhidmatan pembersihan yang lebih professional. Adalah diharapkan segala pendedahan yang diberikan dapat diaplikasikan dalam menjalankan tugasan harian demi mencapai standard kebersihan yang tinggi serta meningkatkan kepuasan pengguna.

About The Author