4

TUARAN, 18 SEP – Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran telah menganjurkan Penerangan Program Pejabat Lestari Daerah Tuaran dan Taklimat Pinjaman Perumahan Bersubsidi Kakitangan Kerajaan bertempat di Dewan Serbaguna JKR Tuaran.

Sesi penerangan Program Pejabat Lestari Daerah Tuaran 2026 oleh Pengurus Zero Waste Sabah.

Sesi pertama disampaikan oleh Pengasas Zero Waste Sabah, Ruth Yapp, yang berkongsi mengenai amalan kelestarian, pengurusan dan pengurangan sisa serta usaha mengurangkan penggunaan plastik sekali guna di tempat kerja.

Jurutera Daerah Tuaran, Farini Awang, menzahirkan sokongan terhadap inisiatif Pejabat Daerah Tuaran dalam memperkukuh pelaksanaan amalan kelestarian alam sekitar di jabatan dan agensi kerajaan. Beliau turut menyeru seluruh warga JKR Tuaran agar bersama-sama memberikan komitmen dalam membudayakan amalan hijau serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bersih, teratur dan lestari.

Jurutera Daerah JKR Tuaran, Farini Awang, yang memberikan sokongan penuh terhadap pelaksanaan Program Pejabat Lestari Daerah Tuaran 2026 di JKR Tuaran.
Sesi tinjauan bersama wakil Zero Waste Sabah terhadap pelaksanaan sistem pengasingan sisa di JKR Tuaran.

Program diteruskan dengan Taklimat Pinjaman Perumahan Bersubsidi Kakitangan Kerajaan yang disampaikan oleh Ary Maria, wakil Borneo Housing Mortgage Finance Berhad, dengan penerangan mengenai skim dan kemudahan pembiayaan perumahan yang disediakan kepada kakitangan kerajaan.

Penganjuran kedua-dua sesi ini mencerminkan komitmen JKR Tuaran dalam memperkasakan amalan kelestarian alam sekitar di samping meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan warga kerja.

About The Author