Screenshot 2026-09-25 150024

KOTA KINABALU, 23 SEP – Kursus Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan (FMM) anjuran Cawangan Senggara Bangunan dan Jabatan Kerja Raya Malaysia telah diadakan di Hotel Le Meridian yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Ir. Zainazah Ahmad Banjar.

Kursus tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman peserta berkaitan pengurusan dan pentadbiran kontrak fasiliti serta penyenggaraan. Antara pengisian kursus merangkumi Tadbir Urus Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan, Pembayaran, KPI dan Kenaan APD Penamatan Kontrak, Pengurusan Kontrak dan Perolehan Fasiliti serta pengenalan kepada Jadual Harga FMM.

Penceramah jemputan dari JKR Malaysia, ialah Sr Hussain bin Ismail, Ketua Cawangan Bahagian Kontrak, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan dan Sr Norzamzarina binti Abd Rashid, Juruukur Bahan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan.

About The Author